kawan

people girl woman alone hat fashion black and white

assalamualaikum, hi dan holla!

entry ni punya tajuk pun dah tahu makna kan? kawan, semua orang ada kawan. sama ada kawan baik mahupun kawan biasa. nak cari kawan baik, hati-hati. nak cari kawan biasa pun hati-hati. kawan ni adalah orang yang kita berikan dia kepercayaan kita, kalau nak cari, cari yang baik. kalau tak, senang-senang ja dia hancurkan kepercayaan kita. macam mana? aku rasa ramai ja yang dah pernah rasa.

tikam belakang mostly. mengutuk, menfitnah. 

dari depan memang dia nampak baik. dengan muka dia yang nampak innoncent tu, memang senang kita nak percaya kan? tapi, tengoklah lepas tu dia bagi apa. kita bagi dia kepercayaan, tapi dia buang balik apa kita bagi kat dia. apapun, tak apa. kalau benda tu terjadi, pastu dia minta maaf, maafkan jelah. buang ego jauh-jauh. tapi, kalau dia mengaku apa dia buat tapi blah macam tu ja, minta maaf pun tak.. cuba jelah belajar memaafkan orang. tapi, luka kat hati meman susah nak lega kan?

benda macam ni pernah je jadi. dan nak tahu apa aku buat? dia kutuk aku, aku kutuk dia balik. tapi, aku fikir balik, tindakan aku macam kebudak-budakkan. finally, dia tahu. act, benda pasal mengutuk ni dah lama, tapi aku baru tahu. memang aku marah tak terkata, sapa tak marahkan? jadi aku pun kutuk dia dengan kawan-kawan aku semua. 

apapun, 

alhamdulillah, benda ni dah selesai. kami saling bermaaf-maafan. memang salah aku pun sebenarnya. bila aku teringatkan balik, memang rasa macam aku ni kebudak-budakkan. rasa bersalah... apapun, kalau kau salah seorang yang tikam belakang kawan kau, menipu kawa kau, mefitnah, mengutuk dan sebagainya, lebih baik pergi minta maaf. cuba kawal kemarahan kau. jangan buat balik, jangan buat macam aku. jangan besarkan perkara tu dengan bukak aib masing-masing pulak. kalau tak macam tak boleh nak selesai ja. 

tapi, kejanggalan tu memang ada. lagikan pula, sekarang semua dah ada haluan masing-masing. harap satu hari nanti, boleh berjumpa balik. time tu mesti semua orang nampak lain dah. tak boleh bayangkan xDD

setakat tu jelah :)

3 comments:

  1. Kawan tu penting dalam hidup.. Just kena bijak bergaul.. Dengan sesiapa pun blh berkwn xjira jahat tau baik.. Y jahat jgn ikut y baik jdikn panduan. Salam balas kunjungan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe~ terima kasih sebab bagi nasihat~ ><

      Delete
  2. I hardly argue dengan kawan lol but once I did because fed-up sangat asyik kena mengalah, probably stress exam or what IDK. I just burst out, and that would probably one of the things I regret the most. Berbaik tho I was the one who opened up about that first, things as you said became janggal.

    tapi, its better rather than leaving thing unfinished :)

    ReplyDelete